Friday, 13 September 2013

Share and Spread a little Knowledge --

Assalammualaikum . Wahhh berhabuk betul blog ni terbiar terbengkalai macam ni . Al maklumlah dah masuk last year in Diploma Nursing study ni . Tu yang agak busy dan banyak benda nak update sebenarnya cuma takde masa . Maaf ye ? Hehehe . Macam-macam perkara yang berlaku since menyepi kat blog ni . Tapi as usual ,we must always think positive right ? Jangan lupa “Have faith to Allah swt always and forever” kalau ada apa-apa pun masalah yang berlaku . Heee peace !

Semenjak naik sem 5 ni banyak sangat tanggungjawabnye. Ada yang tanya , takde boyfriend ke ? Ada masa ke tak kalau dah kahwin nanti ? Mana nak jaga anak lagilah nak kemas rumah lah . Itulah inilah . Sampai aku pun dah malas nak jawab. Macam nilah , bagi aku nyawa dan kesihatan pesakit lebih penting. Sebab arwah abah pernah cakap : kalau kita tolong orang, biarlah orang tu tak tolong kita balik pun. Yang penting kesusahan kita kerana Allah swt tu akan Allah ganti dengan kesenangan yang tak ternilai suatu hari nanti. Kalau tak kat dunia , mungkin kat akhirat . Siapa tahu kan?  Belum masanya lagi kot untuk terlalu fikir pasal cinta . Fokus dalam pelajaran dan kerjaya tu lagi penting sebab cinta tu boleh datang bila-bila masa kan . Haaa kalau kahwin nanti aku dah plan awal-awal nak habiskan kontrak kerja , sambung degree sambil kerja . Once dah habis degree terus nak jadi Lecturer sambil buka bakery . Hehehe amboi berangan haa . Bukan angan-angan tapi plan dan hala tuju yang dah aku atur untuk masa depan . In shaa Allah kalau takde halangan bolehlah aku bergelar Lecturer Nur Baini . Ehhh ? *kelip kelip mata*

Haa sebenarnya aku nak share sikit apa yang aku dapat sepanjang aku menyepi kat blog ni . Aku diuji dengan macam-macam dugaan. Dugaan yang kadang-kadang aku rasa aku tak mampu nak hadapinya . Tapi takkanlah Allah akan bagi dugaan kalau Dia tahu yang kita ni tak mampu nak hadapinya kan ? Apa-apa pun kalau setiap kali ujian mendatang pada kita, ucapkanlah Alhamdulillah . sebab tak semua manusia dapat ujian macam kita dapat . Hanya yang terpilih sahaja di dalam berjuta mendapat rahmatNya . Bersyukurlah sebab Allah masih sayang kita , tu pasallah dia bagi kita ujian . Always think positive kay J

Okay berbalik pada cerita tentang dugaan .. Sebenarnya aku ni seorang yang tidak sabar , cepat marah , terburu-buru dalam buat satu keputusan dan kalau aku nak sesuatu tu aku mesti dapatkan jugak. Haaa faham ke ? Hahaha . Okay , so aku rasa aku sedang diuji sifat marah , tak sabar tu semua . Bila ada perkara yang buat aku tak suka , aku terus melenting sampai perkara yang boleh settled dengan baik pun jadi tak boleh nak settled . Ended with reveal and hate feelings . Lepas tu adalah seorang hamba Allah ni merangkap sahabat aku kat kolej datang and talk to me . Dia cakap dia nampak aku ni macam serabut and ada banyak sangat masalah . Aku pun ceritalah bla bla bla dan bla . Lepas tu kan . tahu tak ape yang dia cakap ?
Haaaa dia cakap :  Baini tak boleh macam ni . Cuba muhasabah diri dan fikir balik apa salah baini . Apa-apa yang kita buat kat dunia ni , kita kena selalu bergantung pada Allah swt . Masalah akan jadi teruk kalau kita tak rujuk pada agama dan Allah swt. Sifat marah ,tak sabar dan semua yang negative tu semuanya sifat syaitan . Baini fikir macam ni je , bila baini rasa nak marah baini setkan dalam hati yang syaitan akan gembira dan tepuk-tepuk tangan kat baini sebab baini ikut cakap dia. Baini nk ke macam tu ? taknak kan . Haaa dan kalau kita ada masalah kesedihan pula , baini fikir mak abah je . Baini fikir perasaan diorang kalau diorang tahu baini lemah macam ni mesti diorang sedih . Mesti baini taknak diorang sedih kan ? So buatlah apa yang terbaik yang boleh bahagiakan diorang sebab bila diorang bahagia automatik baini sendiri akan bahagia . Percayalah J

Haaa panjang lebar jugaklah ulasannya sebenarnya tapi takkanlah aku nak cerita semua kan . Ponet den nak nulis ni haa . Alhamdulillah , ada insan yang masih mahu menegur tu tandanya dia kasihkan kita . After aku follow the flow and try cari balik diri aku yang dulu , aku rasa tenang . Tenang dari semua masalah . Betullah apa orang cakap , kita akan ada banyak masalah yang tak selesai dan hati takkan tenang selagi kita lansung tak pernah nak rujuk pada Allah swt . Allah swt yang datangkan ujian masalah ni kat kita jadi jalan penyelesaiaanya mestilah rujuk pada Allah kan ? Semuanya sebab Allah rindukan tangisan dan rintihan hamba-hambaNya . SubhanaAllah . Sayang betul Allah kat kita kan ? J

Itu saja yang aku nak kongsikan untuk entry kali ni , mungkin tak menarik kot bagi sesetengah orang . Tapi ilmu tu perlu disebar kan ? So renung renung lah . Assalammualaikum J