Assalammualaikum wbt. Dah lama rasanya tak menulis entry
dekat blogger ni. Banyak perkara yang hendak aku luah. Alhamdulillah genap
habis study 11hb June 2014 , Insititut Jantung Negara memanggil aku untuk lapor
diri pada 1hb Julai 2014. Tak sangka pada usia 21tahun telah mendapat suatu
pekerjaan yang tetap iaitu seorang jururawat . Alhamdulillah impian dan cita-cita
arwah abah dan mak selama ini tercapai. Cita-cita yang selama ini tidak pernah
menjadi minat atau terlintas difikiranku untuk menceburinya kini telah menjadi
sebahagian dari hidupku yang harus aku laluinya sebagai suatu rutin dalam
kehidupan. Cuma sedikit sebak bila terkenangkan betapa bersusah payahnya arwah
abah mengisi segala borang dan menemani aku ke IJN suatu masa dahulu(3tahun
yang lepas) untuk mengikuti Kursus Diploma Kejururawatan yang pada abah inilah
yang terbaik untuk aku. Pasti abah bahagia dan tenang sangat disana melihat aku
berjaya merealisasikan impiannya. In shaa Allah.
Kali pertama menjejakkan kaki ke IJN pada 1hb Julai 2014.
Sebak mula terasa. Namun aku nekad apabila diberi pilihan untuk memilih bahagian
department mana untuk aku kerja disitu buat selama-lamanya mungkin. Intensive
Care Unit(Unit Penjagaan Rapi) ? Atau mungkin Bahagian Kecemasan? Mungkin tidak.
Sebab aku fobia. Fobia dan tak sanggup nak tengok pesakit-pesakit yang sebaya
arwah abah dalam keadaan yang kritikal dan tidak sedarkan diri yang sedang
bertarung nyawa untuk hidup bergantung pada mesin pernafasan. Lalu aku mencari
apa yang paling aku minat dalam bidang nursing ni. Akhirnya , disebabkan dari
Tingkatan 4 aku terlalu taksub sangat dengan cerita Team Medical Dragon yang mengisahkan
tentang sekumpulan pakar bedah yang terdiri daripada Surgeon, Scrub Nurse,
Anaesthesia , perfusionist dan sebagainya. Apa yang menariknya Scrub nurse tu
adalah scrub nurse yang sangat sangat bijak. Yang tahu peralatan apa yang patut
diberi kepada surgeon untuk melakukan operation tanpa diberitahu. Ada
rasionalnya tersendiri dan semua perkara adalah bersebab. Kerana itulah aku
tertarik untuk menjadi seorang scrub nurse(nurse bedah)
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang
dirancangkan. Aku mula melapor diri di dewan bedah institut jantung negara dan
bermulalah kerjaya aku yang sebenarnya iaitu seorang jururawat pembedahan.
Hanya pembedahan jantung dan paru-paru yang dijalankan di IJN.
Persepsi masyarakat terhadap scrub nurse? “Alaaaa apalah
sangat kerja nurse bedah ni, tolong hulur-hulur barang je pun. Doktor minta itu
minta ini bagi je kan”. “tolong lap-lap peluh doktor bila tengah bedah kan”
Awak-awak. Ini jawapannya, jangan terlalu banyak sangat tengok drama-drama
macam tu. Pengaruh tv je semua tu. Salah sama sekali semua persepsi tu okay. Paling susah nak jadi adalah scrub nurselah.
Sebab scrub nurse ni kena hafal semua instruments yang ada dalam dewan bedah. Dan
instrument tu pulak ada beratus-ratus jenis. Hampir sama tapi tak serupa. Dan
surgeon ni takkan minta pun instruments apa yang dia nak. Dia Cuma hulur tangan
dan scrub nurse kena pandai baca apa yang dia nak supaya tahu apa perlatan yang
sepatutnya diberikan. Kalau salah bagi instrument, surgeon akan campak je
instrument tu kat muka kita tau. Sebab tu Scrub nurse kena tahu setiap jenis
pembedahan yang dilakukan dan macam mana pembedahan itu dilakukan. Maksudnya
scrub nurse ni memang penting dalam sesuatu pembedahan sebab dia tahu nak buat
apa dan instrument apa yang perlu Cuma dia tak membedah je. Senang kata , scrub
nurse is as the surgeon’s hands. Bukan senang tau .
Dah tu pulak, setiap hari kena asyik reflect kenapa dan
kenapa surgeon buat macam tu ye? Apa logiknya? Jadi tolonglah masyarakat semua,
jangan pandang rendah terhadap kerjaya seorang jururawat. Tak kiralah walau kat
department mana pun nurse berkerja. Sebab apa-apa pun nurse is the first person
who come and treat u when u ask for treatment. Kerja-kerja merawat takkan
berjalan kalau salah seorang daripada pasukan perubatan takde. Doktor pun ada
kepentingannya , jururawat pun ada kepentingannya. Takde doktor jururawat tak
boleh bagi ubat. Takde Jururawat , doktor tak boleh handle semua pesakitnya.
Kami kerja sebagai satu pasukan dan bukannya kerja berseorangan. Ubahlah
persepsi jururawat itu sebagai pembantu doktor. Jangan pandang rendah terhadap
kerjaya jururawat sebab jururawat ni tak semua orang terpilih untuk menjadi
seorang jururawat. Hanya orang yang kuat fizikal dan mental je yang boleh jadi
jururawat. Wallahualam J