Harini bertugas seminggu di Accidential & Trauma
Department Hopital Kuala Lumpur. Bertugas di Zon Merah. Zon Merah ? Zon bagi
pesakit yang kritikal, tidak sedarkan diri dan berisiko rendah untuk hidup atau
berisiko tinggi untuk kematian. Bukan aku takut untuk bertugas dan berhadapan
dengan situasi cemas dan keadaan pesakit kritikal macam tu. Cumanyaaaa, setiap
kali aku tengok simbol “zon merah” atau “zon kritikal” dengan serta mertanya
ingatan aku terus ke arah abah.
“Takpe, baini kuatkan”. Kata-kata yang selalu abah ucapkan
pada aku setiap kali aku berdepan dengan sesuatu keadaan yang berat dan sukar.
Ceritanya apabila seorang mangsa(pesakit) dibawa ke zon merah
ini oleh Persatuan Bulan Sabit Merah kerana tiba-tiba pengsan dan tidak
sedarkan diri di rumahnya. Dengan serta merta doktor dan jururawat berpusu dan
berusaha memberikan rawatan dan menyelamatkan pesakit. Dengan tekanan darah yang
terlalu tinggi (unrecordable) , oxygen dalam darah yang rendah (abnormal),
kadar bacaan nadi yang tinggi dan bacaan kadar tekanan jantung yang semakin
menurun. Menunjukkan tanda-tanda pesakit mungkin tidak dapat diselamatkan.
Doktor dan jururawat serta aku dan kawan aku melakukan
Cardiopulmonary Resusitation (CPR) secara bergilir-gilir selama hampir 1 jam
mengikut arahan doktor bagi usaha menyelamatkan nyawa pesakit. Namun semuanya
ternyata hampa, pesakit memang tak dapat diselamatkan lagi dan akhirnya
disahkan telah meninggal dunia pada saat itu.
Bila doktor beritahu kepada waris pesakit, “maafkan saya,
pesakit memang tidak dapat diselamatkan” sambil geleng kepala, sangat-sangatlah
membuatkan aku teringatkan abah. Waris pesakit memang nampak sangat sukar
menerima kenyataan sepertimana ketika aku dan keluarga aku menghadapi
kehilangan seorang insan yang sangat-sangat disayangi.
Lepas membersihkan jenazah pesakit itu, aku cuba mencari kekuatan.
Memang bukan aku yang menghadapi keadaan itu pada saat ini, tapi apa yang
pasti, aku ternyata sangat fobia dengan keadaan seperti itu. Bila aku berbuat
sesuatu atau berhadapan dengan sesuatu yang seakan-akan sama dengan keadaan
abah dulu, membuatkan aku tiba-tiba terdiam dan air mata mengalir secara
tiba-tiba. Mujur tiada siapa yang perasan sebab aku pakai mask. Aku jadi fobia.
Takut untuk melakukan apa-apa disaat orang lain memerlukan bantuan aku. Sebab
keadaan seperti itu benar-benar terkesan dalam diri aku. Kehilangan insan yang
tersayang dalam sekelip mata.
Mungkin ini apa yang perlu aku hadapi. Untuk aku sentiasa
terus kuat dan kuat demi emak. Takpe aku redha andai itu yang sepatutnya
bahagian yang harus aku hadapi untuk sentiasa kuat. Setiap ujian tu kan ada
ganjarannya. Tapi aku masih buntu macam mana nak atasi fobia aku terhadap semua
tu. Perkara yang tiba-tiba terjadi dalam hidup aku. Kaku dan tak mampu nak buat
apa-apa disaat orang lain tengah sibuk menyelamatkan nyawa.
Hmmmm. Semoga keadaan fobia ini lama kelamaan akan pudar dan
hilang. In shaa Allah.
p/s : waris pesakit cakap, pesakit takde sakit apa-apa pun
tiba-tiba dia pengsan dan terus tak sedarkan diri. Akhirnya pergi bertemu Sang
Penciptanya.
“Janji Allah swt itu pasti, kita tak tahu bila kita akan
mati. Semuanya sudah tertulis. Sakit atau tidak , tua atau muda, kalau dah tulis pada hari tersebut ajalnya,
maka tetap ajalnya. Datanglah berapa puluh ribu sekalipun doktor yang
hebat-hebat, namun takkan dapat melawan takdir Allah swt.”
Aku bersyukur kerana terpilih untuk mempelajari bidang
kejururawatan yang pada mulanya tidak aku sukai ini telah banyak mengajar aku
erti keinsafan, kehidupan , keagamaan dan memberi banyak pengajaran serta
iktibar yang membawa kita untuk sentiasa beristiqomah ke jalan Allah swt.
Assalammualaikum J