Mula-mula mengenali apa itu Kejururawatan pada Julai 2011 bersama-sama
dengan orang yang tidak mengenali antara satu sama lain sangatlah sukar .
Tercampak di negeri orang yang sebenarnya jauh dari tempat asalku iaitu Kelantan
Darul Naim. Di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian ini , di mana pelajarnya adalah
semuanya perempuan macam sekolah convent, adalah satu tempat yang sangat-sangat asing bagi seseorang
macam aku . Haish , apa yang membuatkan aku tercampak disini ? Tapi orang kata “Tak
kenal maknanya tak cinta” kan ?
Namun disitulah bermulanya cerita tentang aku untuk mengenali erti persahabatan
sebenar . Dari awal aku tak berapa menyukai insan bernama Che Nor Shahila Binti
Che Aziz . Sebab muka dia sangat-sangatlah sama seakan kawan baikku dahulu yang
menikam belakangku . Kami tak pernah berbaik pada mulanya , sampailah satu hari aku jumpa dia dan terus terang cakap kat dia "Eh , muka kau macam musuh aku dulu sebab tu aku tasuka kau, sorry lah" tetapi akhirnya kami rapat atas alasan itu . Pelikkan ? :)
Inilah Che Nur Shahila Binti Che Aziz , berasal dari Terengganu . Comel kan ? *okay tak dinafikan*Lebih selesa untuk aku panggil dia bubu dan membahasakan diri aku bibi . Kenapa panggilan sedemikian ? Sebabnya dia merangkap macam boyfriend aku lah . Bila aku selalu ada masalah dengan ex aku dulu dialah yang banyak memberi nasihat supaya tidak kembali ke pangkuan lelaki useless tu . Sebab itu aku panggil dia bubu . Bubu means orang yang dicintai :) She will always be my bubu . Thanks Bubu .
Bubu ni ada kawan baik rupanya , iaitu Emi Shahirah Binti Mat Atan . Aku tak tahu macam mana aku kenal dia . Tapi jujur sangat dia cakap kat aku , sebelum dia kenal aku dia rasa aku ni berlagak , sombong , bajet-bajet dan part yang paling aku nak gelak adalah bila dia cakap aku ni nak kawan dengan set-set aku je . Masa tu memang dia tak suka betullah kat aku . Nak-nak pulak dia kawan baik dengan bubu kan masa tu , memang sama-sama tak sukalah dekat aku . Haha . Tapi Emi jugak yang kata tak kenal maka tak cinta .
Haaa inilah Emi Shahirah Binti Mat Atan atau dipanggil aku Doralin . Doralin tu adalah adek doraemon yang warna kuning yang comel tu . Tak caya cuba google . Comel kan ? Emi ni bagi aku seorang yang sangatlah jiwang . Hehehe maaf terbocor rahsia . Tapi dia penasihat cinta yang baik untukku . Haaa , walaupun dulu Emi tak suka aku , tup tup tiba-tiba dengan izin Allah kami boleh rapat . Itulah yang pelik tu . Sebab sampai sekarang aku dan Emi masih tak tahu macam mana kitorang start kenal dan boleh rapat sangat-sangat . Apa pun "SAYA SAYANG EMI SAYA !"
Ternyata betul kata-kata Rasulullah s.a.w iaitu "Bencilah seseorang itu secara sederhana kerana kelak orang yang kamu benci itu mungkin akan jadi orang yang paling kamu sayang suatu hari nanti"
Flashback-flashback balik , aku kenal seorang sahabat lagi yang kecik molek . Comel je orangnya . Yang aku anggap sebagai kakak , pelawak number satu KKNC dan pakar dalam rawatan spa di bilik A112 . Haha . Namanya Wan Badiahtun Binti Wan Suhaimi.
Dan kami rapat disebabkan selalu dan suka sangat bergossip . Hahah . Tak sangka kan ? Mula rapat sejak sama-sama naik KTM nak balik ke Kuala Lumpur . Bergossip tak sudah dalam train . Anyway , thanks kak ro selama ni telah banyak membazirkan tenaga untuk make-up bai , pinjamkan telinga untuk dengar cerita bai yang tak berapa nak best tu . Will always miss u . Datang KL bagitau :)
Namun bila bersahabat terlalu rapat , tipulah kalau tak pernah bergaduh kan . Mas Izzatti Binti Alias seorang kawan yang pernah rapat dengan aku dan aku sangka mungkin tak akan rapat semula selepas satu kejadian yang tak perlulah nak diceritakan disini . Haha . Bergaduh sehingga hampir 2 semester tak bertegur . Punyalah dashat ! Tapi last-last ...
Bertegur balik .. Selesa dengan panggilan Mas . Mungkin Allah merancangkan agar aku dan mas berbaik semula sebab tu lah sejauh mana pun aku cuba elak tapi kitorang tetap akan berkerja sama dalam satu kumpulan . In Shaa Allah tak bergaduh lagi . We've grown up kan ? :)
Berjalan-jalan lagi .. Aku kenal dengan seseorang ni yang dulu aku yang tak suka dia sangat-sangat sebab aku rasa dia gedik , dress up over and else . Tapi memanglah kan , bila aku tak kenal semua benda serba tak kenal . Selalu sangat berprasangka buruk . Dah tu , tengoklah apa yang Allah aturkan . Orang yang kita selalu cakap dan prasangka yang bukan-bukan tulah orang yang Allah bagi rapat dengan kita . Supaya kita lebih mengenali dan memulakan silaturrahim . Fatin Nurafiqah Binti Mohamed.
Aku panggil dia Fyka . Juga kawan yang sekarang ni sama-sama bergossip , cerita pasal boyfriend , artis , fesyen dan lain lagilah . Tak tahu bila dia nak berisi sikit . Hehe jangan marah . Mua-mula lansung tak kenal dan tak suka terus jadi baik . Anyway , rindu sewaktu empat sekawan dulu . Fyka memang suka sakat aku , apa-apa sikit adalah nak bahan aku . Haha tapi bila start aku buat annoying sikit kat depan kau kat dalam kelas , barulah kau tahu rasa macam nak sepak aku kan ? hehe such a sweet friendship memories . Thanks kawan . *miss you :)
And last . Kenapa last ? sebab aku saja nak letak sorang sahabat yang aku kenal ni di bahagian bawah sekali supaya menjadi penutup istimewa untuk entry kali ni . Bukan niat persisihkan tapi atas keistimewaan kau sebagai sahabat untuk aku sendiri . :) Namanya Nur Shahirah Binti Shamsudin . Asalnya kami ada sejarah mengenai buah hati di zaman sekolah dulu . Tak perlulah cerita kat sini kan . Tak sangka rumah dia dan aku dekat sangat tapi Allah dah takdirkan aku jumpa kau kat Kolej Kejururawatan Kubang Kerian ni . Asal dari tidak suka sama lain . Yang aku cakap kau sombong , poyo dan gedik . Kau pun cakap aku macam budak-budak gedik , poyo dan sombong jugak . Akhirnya , sebab sejarah zaman sekolah tu , terus jadi rapat ! Hahaha siapa percaya kan ?
Yes , she is my Best Friend Forever . Shara Shahira as i always story about . Kau ajar aku dan sentiasa disisi aku bila aku susah dan senang dalam perubahan hidup aku . Juga mendorong aku ke arah yang lebih baik . Terima kasih sangat-sangat :) Semua perkara selalu bersama . Benda-benda yang kitorang beli mesti kebanyakan sama cuma berbeza dari segi warna . Haha . Semoga persahabatan kita kekal dan terus terbang hingga ke syurga . In Shaa Allah . Aku sayang kau sahabat kerana Allah :)
Sedar tak sedar , mereka berlima inilah yang aku rapat di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian . Pelikkan ? asalnya dari kelima-lima ini tak pernah aku dan mereka sukai sama lain tapi akhirnya menjadi sahabat yang rapat selama 1 tahun setengah aku di KKNC dan selamanya akan menjadi sahabat yang tak mungkin pernah putus selain mati . Namun , aku tak dapat menghabiskan pelajaran bersama-sama mereka . Belajar dan ulangkaji bersama lagi . Sebab aku perlu pindah ke kolej lain . Tapi aku bahagia kerana ...
di hari terakhir aku di KKNC , mereka meraikan aku dengan makan KFC ! Sedih sangat . Tak sangka korang buat semua ni untuk aku . Kenangan yang di cipta selama kita kenal tak mungkin aku lupakan . Malah sentiasa akan kekal dalam ingat dan minda aku . Kita janji takkan lost contact kan ? Terima kasih untuk segalanya , aku merindui korang . Saat ketawa dan nakal di dalam kelas . Kita doakan yang terbaik dalam hidup kita , buat yang terbaik dan berjaya dengan cemerlang nanti ! In shaaa Allah kita jumpa di Konvokesyen di KSKB Ulu Kinta nanti tau . Pesan aku , jangan lupa masing-masing kena bawa tunang pergi konvo . *kalau adalah . Hahaha gurau .Miss all the memories create at KKNC . ;')
Assalamualaikum .







