“Nur Baini Binti Sulaiman , permohonan awak untuk bertukar
kolej ke Kolej Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh diluluskan . Awak perlu melapor
diri di sana pada 22 Februari 2013”
*airmata mengalir* tanda kesyukuran atas nikmat Allah S.W.T kerana
permohonan aku diluluskan dan tanda kesedihan untuk berpisah dengan
sahabat-sahabat tercinta di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian Batch 2/2011 . Sepanjang
hampir dua tahun aku berada di kolej Kubang Kerian , mana mungkin aku tak
terasa sedih untuk meninggalkan sahabat-sahabat disini terutama sekali Shara .
Satu-satunya BFF aku , classmate aku dan sahabat yang paling baik dengan aku . Shara , kemana saja mesti aku dengan dia .
Kitorang dah memang macam adek beradik . Tapi nak buat macam mana , aku yakin
keputusan aku ni betul . Keluarga aku lebih penting dari segalanya . Aku harap kau tabah , sahabat .
Di bilik A111 , aku kemas semua barang-barang aku untuk bawa
pulang . Semua kenangan kat sini begitu manis untuk aku buangkan . Ida , adalah
roomate aku yang paling baik sekali dengan aku . Sayang sekali , tak sempat aku
jumpa dia kali terakhir sebelum bertolak . Kak fatin , adalah kakak yang baik ,
membimbing aku dalam agama . Bubu , emi , kak deah dan kak ro , teman segosip ,
ketawa dan sebagainya . Aku akan rindukan mereka semua . Baini , kau harus kuat
! Ini yang terbaik untuk kau !
Malam 20hb 2 2013 *SELAMAT TINGAL KOLEJ KEJURURAWATAN KUBANG
KERIAN” untuk selamanya-
Tiba di rumah , aku kusut memikirkan kolej baru . macam
manalah keadaan di tempat yang baru ? Kawan-kawan ? Keadaan di sana . Aku takut
tapi aku harus kuat . Tak mengapa kalau tiada kawan disana , lebih baik aku
buat hal sendiri . Mungkin itu lebih baik . Sekurang-kurangnya aku dapat
tumpukan pelajaran aku .
Pagi 22hb 2 2013 , bangun , mandi dan *capai uniform* .
Alhamdulillah , aku dah ready untuk ke kolej baru . Kakak aku ambil cuti untuk
hantar aku kesana . Lebih kurang 45minit ke sana . Tapi tolak campur tambah
dengan jammed lebih kurang 1 jam 30 minit macam tu lah .
*gugup , berdebar-debar dan macam-macam lah perasaan yang
aku rasa sekarang ni . Macamlah aku buat salah besar je rasanya. Yelah aku
berdebar jugak sebab kolej ni kolej campur . Mesti agak sosial dan bebas .
Haishhh , skema pulak aku -_-“
Akhirnya , tepat pukul 9 pagi aku sampai di lokasi yang
dituju-tuju . Jeng jeng jeng !
Inilah dia KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SUNGAI BULOH !
Yang terletak betul betul bersebelahan dengan Hospital Sungai Buloh .
Kat sini memang sangat-sangat berbeza dengan kolej aku dulu
. Disiplin yang tak seberapa ketat , tiada rollcall tiap-tiap malam , tiada
kelas prep , boleh bawa kenderaan , boleh bawa handphone ke kelas dan
sebagainya . Haishhh risaulah pulak aku , aku dah lebih selesa dengan peraturan
dan keadaan di kolej kejururawatan kubang kerian . Tapi orang kata , setiap
yang kita lalui itu adalah cabaran . Okay aku ambil keadaan baru aku disini
sebagai cabaran . *you can do it ! BAINI !
Kat sini , kolej dengan hostel agak jauh . Kalau jalan kaki
lebih kurang 15minit , kalau naik moto lebih kurang 5 minit macam tu lah .
Lepas siap je aku lapor diri di Pejabat Hal Ehwal Pelatih , aku perlu pergi ke
asrama dulu untuk dapatkan bilik dan kemudian baru masuk ke kelas .
Now cuba teka siapa roomate aku ? Jawapannya ! aku takde roomate
! *jejoget* yeay ! Maknanya this room is all mine . itu yang ku suka , tak
perlu berkongsi dengan orang lain . Hahaha tamaknya baini .-.-
Lepas siap kemas bilik semua , aku pun ke kolej semula untuk masuk kelas . Kakak
hantar sampai lobi je . Lepas tu , lecturer bawa aku ke kelas . Kelas A Batch
2/2011 . *takut , gugup , segan al maklumlah budak baru masuk ke kolej baru .
Semua orang aku tak kenal lagi . memang takut ! Kelas ni ada lebih kurang 24/64
male nurse dan selebihnya perempuan termasuk aku . Majoritinya dah lah kelantan
dan terengganu . aduiii !
Mula-mula masuk pula dah kena kacau . aku macam akward sikit
lah sebab masa kat kolej lama kan takde lelaki . Hahaha peliklah kau ni baini .
Diorang bagi salam *SELAMAT DATANG PELAJAR BARU*
Hahaha segan-___-“ lecturer pulak suruh aku kenalkan diri .
lagilah ! Aku pun kenalkan je lah diri .
“assalamualaikum dan selamat pagi , saya jururawat pelatih
Nur Baini Binti Sulaiman dari Kolej Kejururawatan Kubang Kerian . Saya harap korang boleh bagi tunjuk ajar
pada saya . Asal bangi , umur 20tahun”
At first aku tersasul umur aku 19 tahun . malu jeee -.-
Anyway , after class . Semuanya berjalan lancar aku bersyukur walaupun kat sini keadaannya
sangat berbeza dengan di KKNC . Aku takkan pernah lupakan kawan aku disana
batch 2/2011 . Terutama sekali SHARA SHAHIRA J
Kita jumpa di konvo nanti ye ! sama sama berusaha jom ! Chaiyok chaiyok ! J Assalamualaikum .
p/s : This red robotic key chain adalah pemberian dari Shara sebelum aku pindah dan aku sertakan pada kunci bilik baru dan kunci moto aku . So that tandanya aku sentiasa bawa kemana-mana :) thanks bff , i'll miss u always :)



