Wednesday, 12 December 2012

Takdir dah tentukan segalanya :')



Raya terakhir bersama arwah abah . Seronok sangat bila tengok abah gembira  memakai baju raya hadiah dari aku . Alhamdulillah 
“Abah .. Abah.. aku terlalu rindukan abah” *air mata mengalir di pipi . Ya Allah , esok 13/12/2012 genap 1 bulan abah pergi meninggalkan aku sekeluarga . Masih jelas ingatan di minda ku saat-saat abah tiba-tiba jatuh sakit .
 10/11/2012 @ 8pm .
Abah mengadu padaku “ kenapa abah rasa macam pening-pening ea?” Aku nampak abah jalan terhuyung hayang macam nak jatuh . “Abah tak makan ke tadi?” Abah diam je dan terus masuk dalam kereta di tempat sebelah pemandu . Malam itu kakak yang drive kereta . Dalam perjalanan nak pergi makan , soalan terakhir yang aku tanya pada abah : “abah nak balik kampung pukul berapa?” Abah jawab “pukul 2 pagi” .

 Lepas abah jawab soalan tu , tiba tiba abah terdiam . Bunyi nafas abah macam berdengkur . Aku panggil abah . Tapi abah tak jawab . “Abah okay tak ni ?” Abah masih diam . Aku pelik ! Cepat cepat aku peluk abah dan tepuk-tepuk dada abah . Abah tak boleh bernafas ! Hidung dan mulut abah tersekat dengan kahak . Ya ALLAH ! “Kakak cepat bawa abah pergi hospital sekarang !” Namun aku bersyukur sebab hospital serdang tak jauh dari simpang ke destinasi sebenar kami . Dalam keadaan panik , kakak bawa kereta dengan laju . Sedang aku memeluk abah , hanya satu perkara yang bermain di minda aku  “janganlah terjadi apa-apa pada abah seperti yang terlintas di fikiran ku saat ini . Sungguh aku terlalu sayangkan abah” Aku syak abah alami pendarahan  dalam otak sebab abah dah mengadu nak pitam sebelum keluar rumah . :’(

Tepat pukul 8.30 malam tiba di Emergency Department Hospital Serdang , aku kelam kabut turun kereta dan panggil staff dekat situ . Buka je pintu kereta , abah rebah . Aku hanya mampu lihat mereka mengangkat abah ke atas troli katil menuju ke Zon Merah .

Hanya aku yang boleh masuk ke dalam Zon Merah waktu itu sebab aku katakan yang aku Student Nurse . Doktor tanya aku tentang apa yang terjadi sebelum dan semasa kejadian . Kata doktor “Tekanan darah ayah awak adalah terlalu tinggi iaitu 262/106mmHg dan glucose dalam darah juga terlalu tingi 40mmoL , ayah awak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis ke sebelum ni ?” 

“Doktor , abah saya tahu dia ada penyakit tu , sebelum ni setiap kali saya balik rumah saya selalu periksa gula dan tekanan darah abah . Memang tinggi . Tapi abah tak nak mengaku yang dia hidap penyakit tu . Abah tak ambil sebarang ubatan . Kalau abah jumpa doktor sekalipun , itu hanya abah dan doktor yang abah jumpa sahaja yang tahu abah hidap penyakit darah tinggi dan kencing manis”

Lepas aku terangkan semuanya , doktor cakap doktor syak yang abah mengalami pendarahan dalam otak . Jadi , doktor akan buat CT Brain untuk kesan kawasan pendarahan dan  refer Hospital Kuala Lumpur untuk rujuk sama ada boleh buat pembedahan atau tidak . Sekarang ni kita tunggu keputusan CT Brain .

Waktu itu , hati aku sangat sayu melihat abah yang bernafas menggunakan mask memerlukan konsentrasi oksigen yang terlalu tinggi . Ya Allah :’( Tapi abah tak dapat bertahan lama , abah lebih perlukan oksigen lagi . Doktor masukkan tiub terus ke paru-paru abah . Dan tiub disambungkan ke mesin oksigen . Kini pernafasan abah seratus peratus bergantung pada mesin . Banyak darah yang keluar dari hidung dan mulut abah . Ya Allah . Saat itu air mata aku mengalir laju . Takde apa yang dapat aku fikir lagi kecuali abah , mak dan adik beradik yang lain . 

Abah ... Dah lama sangat abah dalam Zone Merah .. Baini tunggu abah . Baini tahu abah kuat ! Mak , abang , kakak dan adik aku hanya mampu menangis dan berharap . Begitu juga aku . Semuanya terjadi dalam sekelip mata ! Selama ni abah tak pernah lansung masuk ward , ke klinik atau apa apa pun berkaitan dengan perubatan . Abah seorang yang kuat , abah sakit tapi abah lansung tak bagitahu anak-anak abah yang abah sakit . Kalau abah sakit sekalipun , abah akan makan panadol , tidur dan berfikiran positif serta gagahkan diri untuk kuat .

Tepat pukul 8 pagi – 11/11/2012 doktor cakap keputusan CT Brain abah memang menunjukkan yang abah alami pendarahan dalam  otak di bahagian saraf tunjang iaitu satu bahagian yang sangat sangat penting yang mengawal semua sistem dalam badan kita termasuklah pernafasan , jantung dan sebagainya . Doktor cakap HKL memang tanak buat pembedahan sebab prognosis abah terlalu poor . Memang abah dah tak sedar apa-apa lagi . Doktor cakap “Hanya mampu berserah pada takdir dan hubungi keluarga yang terdekat dengan segera sebab abah boleh pergi bila-bila masa”. Hati aku kembali sebak . Masa tu aku fikir , siapa nak jaga kami adik beradik dan emak nanti ? Ya Allah , hanya pada-MU tempat kami berserah .

Abah dipindahkan masuk ke wad 7C untuk pemantauan rapi . Aku nak jaga abah ! Malam itu aku tak boleh tidur sebab asyik risaukan abah . Berkali-kali aku berzikir, membaca surah Al-Fatihah dan mengucapkan kalimah syahadah di tepi telinga abah . Pada masa yang sama air mata aku tak henti-henti mengalir . Aku genggam tangan abah sambil tidur di tepi tangan abah dan mengharapkan bila aku bangun , abah akan sedar . Tapi aku tahu , itu semua hanya mimpi kan .

12/11/2012 .
Ramai saudara-mara dan kawan-kawan abah datang melawat sampai penuh satu wad tu . Ya Allah , abah memang rajin tolong orang . Dan abah memang sangat suka tolong orang . Bila abah sakit , ramai yang datang melawat abah . Semua mereka tidak menyangka abah jatuh sakit . Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan tiba-tba . Semua mereka tanya kat aku , macam mana boleh terjadi . Ya Allah , setiap kali diulang cerita yang sama pada orang yang berbeza , cerita itu pasti dibasahi dengan air mata ku . Tidak menyangka akan semua ini .

13/11/2012 .
Hari ini hari ketiga abah di wad . Abah , sedarlahhh . Baini dan keluarga semua rindu abah dan tunggu abah bangun . Kami nak dengar suara abah ! dah 2 malam aku jaga abah di ward . Semua prosedur yang doktor dan staff nurse buat semua  aku turut buat . Aku nak jaga abah betul-betul . Ubat  dan suction abah semua aku buat . Doktor juga turut membantu .

Aku wudukkan abah , dan solatkan abah di telinga supaya abah dapat solat dengan hati abah . Aku takkan biarkan abah tanpa wuduk . Petang itu aku suruh abang jagakan abah sekejap sebab aku nak balik mandi dan hantar mak dan adik balik rumah . Tak lupa juga , aku pesankan abah supaya wudukkan abah dan pimpin abah solat mahgrib dan isya’ .

Sampai je rumah , aku rasa tak sedap hati . Baru je aku nak rehatkan diri , abang telefon suruh aku segera ke hospital sebab  doktor bagitahu yang jantung abah dah terlalu lemah dan tak boleh buat apa lagi . Doktor nak buat CPR . Waktu itu , aku pandang mak aku . Mak pula sakit . Aku takut mak tak dapat terima kenyataan itu . Aku bawa adik saja ke hospital . Sampai je hospital . Abang cakap , “redhalah , lepas je abang solatkan abah dan selesai je abang baca yassin , abah pergi dengan aman dan tenang dalam keadaan berwudhuk”

Doktor keluar dari tirai dan cakap “ Saya dah buat CPR dan cuba pick up balik jantung dia tapi .. Saya minta maaf , ayah awak dah meninggal..”

Waktu itu , lidah aku terkelu . Macam-macam perkara yang aku bayangkan . Aku uruskan jenazah abah dekat ward . Tanggalkan semua jarum dan bantuan pernafasan yang ada pada badan abah . Selama ini , aku hanya lakukan pada pesakit aku tapi kali ini aku berdepan dengan abahku sendiri sebagai pesakit ku . Ya Allah , hatiku tersangat-sangat lah sayu waktu itu .



Abah disemadikan di Kampung Tengah seusai solat zuhur .
Kini , aku dan adik beradik aku yang lain telah menjadi anak yatim . Namun aku bersyukur kerana jemaah yang hadir untuk solat jenazah abah lebih 40 orang , bersyukur . Semoga abah di tempatkan dalam kalangan orang yang soleh . 

Abah pernah cakap , "Abah nak baini jadi nurse supaya nanti bila abah dan mak sakit , baini boleh jaga mak dan abah" . Tapi kini , ternyata harapan dan impian abah selama ini benar-benar telah tercapai . Selama ini aku tak minat jurusan kejururawatan . Tapi janji Allah itu pasti , apa yang berlaku ada hikmahnya . Dia menetapkan aku dalam jurusan ini supaya aku dapat berbakti sepenuhnya kepada kedua-dua ibu bapa ku yang telah melahirkan dan menjagaku dari kecil hingga kini dewasa . Aku bersyukur kerana dapat berbakti pada abah sehingga ke nafas terakhir abah ... 

Ya Allah , aku tak pernah sangka secepat ini abah akan pergi meninggalkan kami sekeluarga . Mungkin ada hikmah di sebalik segala yang terjadi . Allah lebih sayangkan abah dari kami semua sayangkan abah .  Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang yang beramal soleh iaitu di tempat yang mulia disisi-Nya selalu . Amin ... Al-fatihah ,