“Nur , Nur nanti tolong ambil observation bed 19 ye, jangan
lupa monitor urine spesimen 24 hours sekali ye”
Staff Nurse Bahida........... Terkesima sekejap .
Apa
staff Nurse panggil aku ? “Nur” ? Sekarang ni aku practical di Wad Puteri
selepas di Wad Sakit puan iaitu Wad Mawar .
Wad Puteri ni Wad Medical Perempuan iaitu wad untuk sakit sakit medical
seperti kencing manis , sakit buah pinggang , stroke dan sebagainya lah . Okay
stop intro kat situ J
Seperti biasa setiap pagi aku akan lakukan bed making ,
ambil tekanan darah . tolong junior mandikan pesakit yang tak berdaya dan
sebagainya lah . Minggu ni aku kena jaga cubicle 3 , iaitu cubicle yang ada 6
pesakit yang perlukan pemerhatian rapi . Agak busy sikitlah kat situ . Tapi
alhamdulillah lah sebab aku suka jaga pesakit yang betul betul perlukan
pemerhatian rapi so that aku boleh aplikasikan semua yang aku belajar . Sebab
pesakit yang chronic ni banyak perlukan banyak prosedur . Hehehe
Tapi kan tapi kan , nak tahu apa yang spesialnya ? Aku
hairan kenapa setiap kali bila staff nurse memanggil aku atau pesakit perlukan
bantuan , mereka akan panggil aku dengan panggilan “Nur” . EH pelik ni . Mula
mula aku tak sahut lah bila staff nurse panggil aku , tapi bila dia pndang aku
then panggil “Nur ! Saya panggil awak ni nak suruh awak buat bla .. bla...
laa..” Haaaaa baru;ah aku tahu yang staff nurse panggil aku . HAHAHA kelakar
kan ? Belum pernah seumur hidup aku kawan-kawan , kenalan atau orang yang tak
kenal aku sekalipun lah . Belum pernah panggil aku Nur . Ehem (question mark)
Susah sangat ke nak sebut nama aku NUR BAINI ?
Atau mungkin staff nurse pelat huruf B . Erkkk apa bunyinya ? ouh okay
lupakan lah . Mungkin mereka ada sebab tersendiri .
Berbalik pada wad medical . Hmm yang aku lemah bila bertugas
di wad medical ni adalah sebab kena berdepan dengan kematian . Ehhhh , bukan
aku ! Tapi pesakit yang meninggal akibat sakit tenat atau ajal sudah sampai .
Innaillahiwainnaillahirojiun . -.- Sedih sangat . Ada seorang pesakit ni , hari
ni elok je sihat bila aku dan junior buat prosedur sedut sekresi sebab kahak
dia banyak sangat . Sampai menangis nangis dia tahan sakit . Ya Allah ,
seksanyaa.. Bila dah okay sikit , dia panggil kitorang , misi....misi.....(nada
yang menyeramkan) Masa tu student nurse yang kerja malam takut lah sebab
ingatkan hantu . Rupanya pesakit tu panggil sebab dahaga air .
Esoknya bila aku datang kerja , terkejut aku bila Staff
Nurse cakap pesakit tu baru je meninggal . Then aku dan student lain kena
prepare untuk mandikan mayat dia . Sedihhhh .
Dah la makcik tu orang susah , ada sorang anak dan suami . Tapi suami
dia sayang sangat kat dia walaupun dia sakit teruk . Alhamdulillah , insyaAllah
besar ganjaran pahala suami dia nanti . Sedih bila tengok anak dia menangis
dekat penjuru dinding bilik wad sebab tak boleh terima kenyataan mak dia dah
takde . hmmm .
Ini satu cabaran buat aku , aku kena uruskan mayat pesakit
tu juga . Walaupun dia dah meninggal , tapi kita masih kena bercakap dengan dia
bila nak buat sesuatu ke atas mayat si mati . Aku dan kawan-kawan aku cukup
berhati-hati dan menghormati jenazah semasa memandikan mayat si mati . Sebab
aku dengar orang cakap “Roh si mati akan tengok bagaimana jasadnya diuruskan” .
Betul atau tak aku tak tahu tapi kita kena hormat jenazah J Seram sejuk juga masa
buat prosedur mandikan jenazah , mana taknye bila mengiringkan jenazah ke
sebelah kiri , tiba tiba terdengar nafas jenazah seperti orang berdengkur ! Terperanjat
aku , rupa-rupanya itu adalah nafas yang terkumpul dalam perut yang tak
terkeluar habis .. okay itu satu pengalaman yang baru .
Okay cukup ! Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman. Amin .
Ehem ehem , sudah sudah lah mood sedih tu. Sekarang aku nak
cerita pasal pesakit yang lain pula . Pesakit aku yang ni , menderita sakit
stroke disebabkan oleh accident . Sedih tengok dia sebab kena makan melalui
tiub yang dimasukkan kedalam hidung . Yang peliknya , seorang anak dia pun tak
datang untuk tengok atau jaga dia selama dia berada di wad . Itu pun aku tahu
melalui staff nurse lah . Staff Nurse yang cakap . Tiba tiba ada satu hari ni
time aku cuci tangan baru lepas balik rehat , aku nampak ada waris dia
ramai-ramai datang tengok dia . Dalam hati aku terdetik *haaaaaa baru nak
nampak muka* Pesakit tu sepatutnya dah boleh balik , tapi waris dia cakap
“kalau balik pun , tatahu siapa nak jaga . Kalau duduk dekat ward senang , misi
banyak boleh tengok-tengokkan” Amboiiiii , bukan aku nak cakap apa , tapi
memang betul apa yang orang tua-tua selalu cakap . seorang mak boleh jaga 10
orang anak , tapi 10 orang anak tu belum tentu boleh jaga seorang mak .
Hurmm . Sedih sangat . Sabar ye mak cik . Saya doakan mak
cik cepat sembuh J
Haishhhh itulah diantara kisah yang aku nak share sepanjang
aku bertugas di wad medical . Macam-macam yang kita boleh nampak sebenarnya .
Pelbagai kisah suka dan duka . Alhamdulillah , aku bersyukur sebab menjadi
seorang student nurse kerana baru kini aku sedar yang banyak pengajaran kita
boleh ambil . Menjadi seorang nurse ni mungkin rendah dipandangan mata
masyarakat atau kawan-kawan kita yang berkejaya tinggi . Tapi tidakkah anda
sedar bahawa bila mak atau ayah anda sakit tenat , mampu ke anda nak jaga mereka
sebagaimana mereka mampu jaga korang masa korang kecil ? Kebanyakkan korang
akan hantar mak atau ayah korang ke hospital atau upah private nurse , jaga mak
ayah korang kat rumah . Cuba bayangkan keadaan sebuah hospital tanpa nurse .
Kelam kabut jadinya . Apa yang mak ayah korang nak ialah perhatian dan jagaan
sepenuhnya dari anak dia sendiri . Itu sebenarnya ubat yang paling mujarab .
Bukannya lepaskan tanggungjawab sebagai anak tu kepada orang lain . *teremo
pulak . maaf . Korang fikirlah sendiri . Tolong jangan bersikap macam tu . Aku
kesian tengok pesakit yang ditinggalkan anak atau anak lansung tak peduli . Tak
datang melawat .
Hargailah ibu dan ayah selagi mereka masih hidup , keranan
korang berjaya pun disebabkan oleh berkat doa ibu dan ayah . Jangan nanti bila
dah terputus doa ibu dan ayah , baru korang menangis menggali semula kubur
mereka dan merayu minta maaf .
Assalamualaikum .wbt
