Friday, 5 October 2012

Tak lama lagi . -_-"


Hai hai hai hai hai ! Assalamualaikum . Wahh blog aku sudah berhabuk ! Fuhhhh ! *tiup habuk -_-“ . Ehhh orang tengok lah . Okay malu sebentar . * tutup muka dengan bantal . Hahaha .
 Akhirnya aku ada juga masa untuk aku pergi ke driving class ! Yeay , *joget-joget .  Mesti ramai yang terkejut kan ? Sebenarnya aku mana ada lesen lagi . Selama ni aku bawa kereta ke hulu ke hilir semua , mana ada lesen . Shhhuuushhhhh ! Jangan bagitahu orang tau . Nanti tak pasal-pasal waran tangkap datang rumah . Hahaha . Sebenarnya aku malas nak masuk kelas dengar ceramah dan sebagainya . Bila abah cakap “Baini ! Pergi ambil lesen kereta” . Aku malas sebab aku fikir takde masa nak pergi kelas tu . Last-last sekarang dah berumur lewat 19 baru lah nak ambil lesen kereta . Alaaa malu -_-“ .

Okay cukup ! Sekarang apa yang penting ? SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT ! Wahh bersemangat betul aku hari ni . Sebab dah nak belajar memandu . Jumaat lepas aku dah habiskan ceramah tiga jam . Hari ni 3 jam jugak masa untuk aku bawa kereta  untuk belajar naik bukit , parking 4 penjuru dan 3 penjuru . Alhamdulillah lah sebab cikgu aku sporting habis dan yang penting TAK MENGGATAL okay J 

Belajar naik bukit then berhenti i tengah-tengah . ni yang selalu orang takut . :(
At first aku bawa , cikgu duduk sebelah aku . Ajar aku naik bukit , parking 4 dan 3 penjuru . Untuk second round , cikgu turun dan tengok aku naik bukit , parking 4 dan 3 penjuru . Lepas tu , terus cikgu suruh aku bawa sendiri je . Alaa sedih . Semua orang naik dengan cikgu . Tapi takpelah aku pun bawa kancil tu sorang-sorang . Cikgu cakap biasanya lelaki je yang suka bawa kereta tanpa lesen ni , tapi dia tak sangka pulak aku berani bawa kereta tanpa lesen kat jalan besar . Aku pun diam je lah . Malu okay sebab buat kerja haram macam tu . Hahaha

Bila cikgu dah tak naik kereta dengan aku . Aku pun tutup tingkap , turn on aircond dan pasang lagu kuat-kuat . Hahaha dah macam kereta sendiri dah aku buat . *erk maaf ye cikgu . Ya Allah , jahat betul aku ni kan , mengambil kesempatan pulak . Ye lah , boring sebab bawa kereta senyap je . Mengantuk -_-“ Memandai je aku cari alasan nak menangkan kesalahan aku ni . aduii .

Nak tahu cerita ? Masalah aku bila naik bukit . Kali pertama sampai ketiga tu okay lah aku boleh buat . Tapi bila sampai kali keempat , kereta aku terundur kebelakang dan mati . Hampir 5 minit jugak lah stay dekat part naik bukit tu . Ya Allah ! Malunyeeeee -_-“ semua orang tengok . Dah lah kat belakang tu panjang lagi yang beratur tunggu turn . Tu lah kau Baini , OVER CONFIDENT sangat . Kan tuhan dah tunjuk balasan . *okay insaf kejap dan kembali ke pangkal jalan . (ayat ta menahan) -_-“

Habis je belajar kereta 3 jam untuk hari ni . Alhamdulillah , minggu depan hari jumaat kan  sepatutnya 8jam lagi . Tapi aku  minta dengan cikgu untuk shortkan 4jam je sebab cikgu cakap aku dah pandai bawa . Yeay ! Seronoknya *joget-joget lagi . Hehehe . Lepas jumaat ni , dapatlah aku lesen L . Dan bulan 11 ni insyaAllah aku ujian dengan JPJ kalau tak ada apa-apa halangan . Weeee , tak sabarnya nak memandu dengan lesen yang sah . Tak nak dah pakai lesen haram lagi . Asyik nak larik dari roadblock je . TAK BESTTT L Huhuhu .

*muka penat . Nak balik dah . Babai :D


Okay , dah lah . So , pengajaran hari ni yang aku dapat memang seronok .*Buat muka comel . HAHA geliiiiii .

Satu ! Aku dapat bezakan cara aku bawa tanpa lesen dan cara aku bawa kereta bila aku belajar dekat sekolah memandu .

Dua ! Aku belajar supaya jangan terlalu yakin yang aku boleh buat walaupun aku tahu memandu . *haaa padan muka kau baini :P

Tiga ! Aku nak cepat dapat lesen woooooooo ! Hahahaha . Dahlah jangan nak merepek banyak lagi . Nanti kalau aku dah dapat lesen , aku nak belanja korang semua jalan-jalan kat Kelantan ni dalam mimpi okay ? hehehe okaylah kan .. Haaa nak cakap ni , kalau buat sesuatu tu janganlah terlalu yakin yang kita boleh buat walaupun kita pandai dan tererrlah dalam bab tu . Boleh nak yakin  tapi jangan terlalu yakin . Sebab bila dah terlalu yakin , akan timbul perasaan berlagak dan riak’ dalam diri kita . Tu yang membuatkan kita jatuh kecundang . Alaaaa semua tu kerja syaitan la . Okaylah . bye J