“Dan barang siapa berjihad , maka sesungguhnya jihadnya itu
untuk dirinya sendiri . Sungguh Allah Maha Kaya dari seluruh alam”
(Surah Al-Ankabuut ayat 6)
"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,
pasti Kami hapus kesalahan-kesalahannya dan mereka pasti akan Kami berikan
balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan”
(Surah Al-Ankabuut ayat 7)
Sikit sebanyak nak share apa yang aku dapat dari usrah yang
lalu . Terasa hati ini sangat sayu kerana kali ini adalah usrah yang terakhir
kami bersama ahli usrah yang kini kerana lepas ni ahli usrah akan dirombak
semula . Hmm tapi takpelah .
Hari itu kami membaca surah Al-Ankabuut . Dan aku amat
terasa dengan ayat di atas . Sungguh Allah Maha Kaya dari seluruh Alam . Kini
baru aku sedar , jika kita mahu berubah dan berjihad maka berjihadlah atas
kerana diri sendiri dan Allah S.W.T dan jangan sesekali berubah kerana
seseorang yang kita cintai atau kerana kawan kita berubah . Kerana jika kita berniat untuk berubah kerana
seseorang , amat rugilah kita kerana jihad kita terbatas pada Allah tapi hanya
sampai pada niat kita . Sedangkan Allah Maha Pencipta kita .Jika kita berniat
ikhlas berubah kerana Allah S.W.T , insyaAllah Allah akan kurniakan kita lebih
baik dari apa yang kita inginkan .
Mesti korang pernah dengar kan ayat ni “jika kita kejar
dunia , akhirat akan lari jauh meninggalkan kita . Tetapi jika kita kejar
akhirat , dunia sendiri yang akan datang pada kita”.
Alhamdulillah , aku bersyukur kerana masih diberi kesedaran
untuk tidak terus berada di takuk yang lama . Sungguh , bila kita melakukan
sesuatu itu dengan niat dan hati yang ikhlas , kita akan terasa Allah itu
sangat dekat dengan kita . Allah itu Maha Pemurah bukan ? J
Sebenarnya , kita tidak perlu menunggu hidayah itu sampai
tapi kita sebaliknya perlu mencari hidayah itu . Allah S.W.T akan memberikan
hidayah kepada hamba-Nya yang betul-betul inginkan hidayah-Nya . Cuma kita saja
yang selama ni tidak meminta kepada Allah tapi hanya mengharapkan hidayah itu
datang tanpa usaha untuk mendapatkannya . Kalau exam , tahu pula nak berusaha
bersungguh-sungguh untuk mendapat 4flat dan sebagainya . Tapi kenapa hidayah
tidak di cari dengan berusaha sedemikian rupa ? Tepuk dada tanya selera J
Kini aku tahu bahawa tak susah untuk berubah . Letakkan Allah
dalam hati kita , sematkan betul-betul Allah itu satu saja dalam hati kita .
Kerana sesungguhnya hanya dengan mengingat Allah , hati kita akan tenang .
Aku sangat benci akan diri aku yang dulu , diri aku yang
jahil tentang agama . Dulu aku menolak dan tak suka berkawan dengan orang yang
baik-baik . Sebab aku tak suka bila diorang nasihatkan aku pasal agama . Setiap
kali kalau orang tanya aku , “bila aku nak pakai tudung dan tutup aurat ?”
Mesti aku akan cakap “belum sampai seru lagi” . Tapi sebenarnya , seru apa yang
aku tunggu ? Seru malaikat maut ? (mulut terlopong sekejap) Padan muka dengan
diri sendiri . Terasa diri ini malu dan jijik sangat sebab pernah melalui hidup
yang jauh dari jalan Allah .
Pada semua rakan yang aku sayang , percayalah sebenarnya
bila ada orang menasihatkan kita untuk melihat kita berubah , itulah sesuatu
perkara yang baik . Syukur sebab masih ada yang sayangkan korang dengan menegur
kesalahan korang sebab tak nak tengok korang hanyut selamanya . Kawan yang
menegur kita inilah kawan yang ingin bersahabat dengan kita bukan sekadar di
dunia , tapi di taman-taman syurga kelak J
Oh ya , lagi satu nak cakap . Dulu aku pernah tertanya , kenapa kita perlu tutup rambut kita ? Kenapa perlu kita pakai pakaian yang menutup kecantikan kita ? Kenapa ini tak boleh , itu tak boleh ? Ya Allah , jahilnya aku :( Tapi yang sebenarnya , yang bertutup itu
sangat indah . Sebab lelaki akan menghormati kita . Tidak akan
sewenang-wenangnya menyentuh kita walaupun nak bersalam dengan kita . Pernah seseorang memberitahu ku , jika ada dua bungkus mee goreng yang di jual di kedai . 1 bungkus mee itu terdedah dan tidak ditutup , 1 bungkus mee lagi tertutup dengan rapi . Yang mana satu anda akan beli ? Ye , mestilah bungkusan mee yang tertutup rapi kan ? Sebab kalau kita beli mee yang tak dibungkus dengan baik dan terdedah kepada bakteria di udara , kita tahu bahawa mee itu tak dilindungi keselamatannya .Begitu jugalah dengan wanita . Sejahat mana seorang lelaki itu , namun apabila dia mengahwini seorang wanita . Sudah tentu dia mahu aurat isterinya dijaga rapi .
Seorang sahabat berkata kepada aku , wanita itu adalah aurat . Setiap kali mereka keluar , syaitan akan menghiasi mereka dan menarik pandangan lelaki kepada mereka . Jadi selalulah kita beringat bahawa lelaki yang sweet adalah lelaki yang tidak pernah menyentuh kita kerana takutkan Allah . Lelaki yang romantic adalah lelaki yang selalu mengingatkan kita tentang Allah S.W.T dan lelaki yang hensem adalah lelaki yang mengimamkan solat kita apabila sudah bergelar isterinya J
Seorang sahabat berkata kepada aku , wanita itu adalah aurat . Setiap kali mereka keluar , syaitan akan menghiasi mereka dan menarik pandangan lelaki kepada mereka . Jadi selalulah kita beringat bahawa lelaki yang sweet adalah lelaki yang tidak pernah menyentuh kita kerana takutkan Allah . Lelaki yang romantic adalah lelaki yang selalu mengingatkan kita tentang Allah S.W.T dan lelaki yang hensem adalah lelaki yang mengimamkan solat kita apabila sudah bergelar isterinya J
