Friday, 15 June 2012

Hati ini hanya Dia yang tahu :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua J Harap kalian semua sihat walafiat hendak-Nya . Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog , baru kali ini aku mendapat kekuatan untuk mengisi entry dalam blog yang penuh bermakna buat aku ini . 2hb June 2012 bermulanya cuti semester sebelum aku melangkah ke semester 3 pada bulan Julai 2012 ini . Bermakna dah 2 minggu aku menikmati cuti semester aku ini .  

Sebelum aku pulang ke rumah untuk bertemu insan yang sangat-sangat aku sayangi (mak abah) , aku terduduk sekejap dalam bilik hostel . Memikirkan sesuatu yang tak pernah aku fikir pun sebelum ini . Aku risau , risau jika imanku tidak kuat untuk mengekalkan “penghijrahan” yang aku lakukan kerana Allah S.W.T ini . Aku risau aku akan kembali ke takuk yang lama . Ya Rabbi , berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi cabaran dan dugaan-Mu ini . Mungkin ini satu ujian untuk aku . Mungkin Allah nak uji sekuat mana aku mempertahankan jihad aku kejalan-Nya . Dalam perjalanan pulang ke rumah untuk cuti semester , aku bertawakkal dan berdoa banyak-banyak moga-moga aku kuat untuk menghadapi semua ini .
Setibanya di Hentian Putra PWTC , aku terpaksa menaiki LRT dan KTM untuk pulang ke rumah di Bangi sebab tak nak menyusahkan abah untuk datang ambil . Hari sabtu kan , trafik sesak dan sibuk sebab ramai orang ke Bandar :) . Sampai je dekat Hentian Komuter Bangi , abah dah sedia ada kat sana . Abah senyum melihat aku . Pelik , senyuman paling gembira abah ukirkan  yang selama ni tak pernah pun aku lihat . Kemudian abah singgah ke gerai untuk beli durian sebab dah lama abah tahu aku kempunan nak makan pulut durian bila balik rumah nanti . Terima kasih abah J

Sesampainya di rumah , emak dan keluarga tengok aku macam pelik . Hahaha mungkin sebab ni pertama kalinya aku pulang untuk bercuti dengan memakai tudung . Alhamdulillah :) .  Mereka menyokong perubahan aku .

Namun , sentiasa aku kena ingat . Tak semua orang suka dengan perubahan aku . Aku akui perubahan aku ini membuatkan aku hilang kawan-kawan aku yang dulunya selalu bersama aku . Tapi aku bersyukur sebab Allah sentiasa bersama aku . Dari sini , aku boleh tahu siapa sebenar-benarnya sahabat yang sejati . Sahabat yang baik akan sentiasa menyokong kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya . Itulah yang kita katakan “Sahabat until Jannah” .

Dia Shara Shahirah , sahabat yang sentiasa bersama aku tak kisah lah waktu susah atau senang . Thanks sangat-sangat . Aku bersyukur dapat sahabat macam kau . Sentiasa mengajar aku untuk berprasangka baik tentang semua orang . Alhamdulillah <3

Ini Elly , sahabat karib aku yang juga telah membuat keputusan untuk terus bertudung . Banyak memberi nasihat pada aku saat aku memerlukan pertolongan . Tak pernah melupakan aku dan memberi sokongan penuh pada aku untuk terus berjibab . Alhamdulillah , terima kasih :)


Ini pula saudari Suhaila dan Aisyah . Sahabat yang bersama-sama aku disaat aku jatuh tanpa pertolongan . Pahit manis aku lalui dengan mereka . Mereka memberi semangat yang kuat untuk aku . Alhamdulillah dan aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti mereka :)
Alhamdulillah setakat ini aku dapat kekalkan tudung untuk menutupi auratku :) dan akan aku kekalkan ia . Kini aku sedar , sebenarnya tak susah pun untuk berubah ke arah kebaikan . Asalkan niat dan azam kita adalah betul-betul untuk berubah . Hiraukan cakap orang lain sebab bukan orang tu yang dapat selamatkan kita dari neraka di akhirat kelak . Ye memang betul kubur seseorang itu lain-lain . Maka sebab kubur seseorang itu lain-lain lah kita perlu menjaga kebajikan kita sendiri . Kebajikan dari segi pahala dan dosa . Tegur dan terimalah teguran seseorang itu dengan baik  Aku juga pernah ditegur , jika kita hendak berubah dengan menutup aurat , kita juga perlu menutup mulut kita dari bercakap yang tidak-tidak atau mempersoalkan keburukan seseorang itu . Terima kasih pada yang menegur . Mungkin itu silap aku . Dan aku sedar itu . Syukur kerana masih ada yang hendak menegur bermakna orang itu ambil berat dan tak nak aku terus tersesat . 

Ouh , ada yang tanya aku tentang cinta . Tak sayang ke aku lepaskan dia ? Tipulah kalau aku cakap aku tak sayang kan . Kadang-kadang aku akui memang aku rindukan dan teringat dekat dia . Tapi aku tak boleh terus menagih kembali apa yang telah aku putuskan . Oleh itu aku ambil inisiatif untuk meminta nasihat dari sahabat aku mengenai hal ini . Terima kasih sahabat :)



Seee , dari apa yang sahabat saya katakan . Rupa-rupanya rindu dan teringat-ingat kita pada seseorang yang pernah kita sayang tu juga adalah ujian dari Allah S.W.T . Cuma kita yang kena pandai menilainya . Dan memang betul Allah sentiasa bersama kita . Jangan terlalu sedih akan sesuatu yang Allah tahu sebenarnya itu bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kita . 

Akhir kata sebelum aku mengakhiri entry ini . Kini aku sedar , cinta , pertemuan , perpisahan , kebahagiaan dan kesedihan semuanya adalah satu ujian dari-Nya untuk menguji kita . Jika anda hendak berubah kearah kebaikan , jangan bersedih untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang kerana untuk berubah ke jalan yang diredhai Allah . Percayalah bahawa Allah akan menggantikan itu dengan sesuatu yang lebih baik daengan cara yang kita tidak pernah jangka . Cuma perlu sedikit kesabaran dan banyakkan berdoa kepada-Nya . Takkanlah kita tidak boleh berkorban sedikit ke jalan Allah sedangkan Allah tidak pernah berkira dengan segala nikmat yang Dia kurniakan kepada kita ? Bukan aku nak berlagak baik dalam blog ini . Aku juga masih kekurangan . Maafkan aku andainya ada kekurangan dalam blog ini . Well , semua yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu pastinya dari diri aku sendiri . Assalamualaikum :)