12 May 2012 merupakan
tarikh lahir Florence Nightingale . Beliau adalah tokoh yang telah
menaikkan taraf jururawat sebagai satu profession yang sangat-sangat familiar
di mata masyarakat sekarang ini . Ramai manusia telah mula sedar bahawa bidang
jururawat ini adalah satu bidang pekerjaan yang mulia yang tidak semua orang
layak untuk menceburi bidang ini jika tidak mempunyai kekuatan dari segi mental
dan fizikal J Jangan
berada di takuk yang lama dengan menganggap bidang jururawat ini adalah bidang
yang rendah , jijik dan kotor .
Tahukah anda bahawa jururawat mengambil risiko
yang amat besar dengan membahayakan dirinya demi menyelamatkan pesakit .
Sebagai contoh , di hospital dan di wad umumnya terdapat beratus-ratus pesakit
yang menghidap penyakit berjangkit .
Soalan saya : “Apa respon anda jika anda berhadapan dengan
pesakit yang menghidap penyakit berjangkit ? “
Sudah tentu anda akan menjauhkan diri dari pesakit berkenaan
kerana anda takut dijangkiti kan ? Tapi jururawat tidak . Jururawat tetap
merawat pesakit seikhlas hati tanpa memikirkan bahaya yang akan menimpa dirinya
.
Cuba anda bayangkan jika satu hari tidak mempunyai seorang
pun jururawat di hospital . Keadaan akan jadi kelam kabut . Kerana doktor
memerlukan jururawat dan pesakit juga memerlukan jururawat . Doktor hanya
datang merawat pesakit dan memberi arahan kepada jururawat untuk menjalankan
perawatan yang selanjutnya . Tapi jururawat tidak begitu . Jururawat lah orang pertama yang akan berada disisi pesakit apabila pesakit meraung kesakitan , kedua barulah doktor (kalau tak percaya cuba pergi masuk hospital) . Jururawat berdepan
dengan pesakit , bekerja mengikut shift dan sanggup meninggalkan suami dan anak
yang tercinta semata-mata untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
jururawat untuk merawat mereka yang memerlukan .
Pernahkah anda terfikir untuk menjadi seorang jururawat yang
bekerja 7jam sehari dalam setiap shift tanpa duduk ? Hanya berehat di waktu
rehat . Melayan karenah pesakit yang mempunyai seribu ragam . Sedang pesakit
tidur nyenyak diwad pada waktu malam , jururawat masih bersengkang mata menulis
report , memantau pesakit , risau akan keadaan pesakitnya .
Memang kadangkala pesakit mengadu , katanya jururawat buat
kerja dengan kasar , jururawat marah pesakit , jururawat bla.. bla.. blaa...
Bukannya jururawat itu kasar dengan pesakit , bukannya jururawat itu marah pada
pesakit , tapi jururawat itu sebenarnya risau bila pesakit tidak mahu makan
ubat , tidak mahu menerima rawatan yang bertujuan untuk memulihkan pesakit .
Sebab itulah jururawat marah pada pesakit . Marah itukan tandanya sayang J
Kepada jururawat di Malaysia dan di seluruh dunia , saya ucapkan
SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIANYA KEPADA SEMUA JURURAWAT YANG TIDAK PERNAH JEMU
MERAWAT PESAKIT DEMI SEBUAH KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN HARMONI .
Dan alhamdulillah kerana Allah S.W.T menempatkan saya dalam
bidang Diploma Kejururawatan ini . Insyaallah saya akan bersama-sama dengan
jururawat yang telah dilantik di hospital untuk bersama-sama merawat pesakit
yang memerlukan rawatan apabila saya tamat pembelajaran nanti .J tolong menolong itukan
amalan mulia . AMIN :D
