Friday, 20 April 2012

My sweet nineteen 20 April 2012


Terima kasih pada semua yang wish "Happy Birthday" pada saya ! Semoga anda semua akan dirahmati Allah S.W.T juga ya dan semoga kita semua akan bersahabat until Jannah :)

Tik tok tik tok .. Kringg !!!! Jam tepat menunjukkan pukul 12 tengah malam , ini bermakna hari ini adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran saya yang ke 19 tahun ! dan "Happy Birthday to You, Happy Birthday to You , Happy Birthday to Baini , Happy Birthday to You" - dinyanyikan oleh Shara dan Emi . Hehe malulah dah tua . Haaa apa lagi Baini , cepatlah buat azam untuk tahun ke 19 ni . "Azam saya , saya nak memperbaiki kekurangan diri dan mencuba menjadi anak yang solehah kepada kedua-dua ibubapa saya INSYAALLAH :)" Dah pun berhajat . Hehe . Walaupun takde kek tapi aku bahagia dan terasa diri dihargai oleh semua orang .

Alhamdulillah .  20 April 2012 jatuh pada hari Jumaat . Orang cakap hari Jumaat ni kan penghulu segala hari . Rasa bersyukur sangat sebab hari lahir tahun ni jatuh pada Hari Jumaat ni . Dan alhamdulillah jugak sebab hari Jumaat tade practical . Kiranya cuti dari practical lah . Bolehlah pergi berjalan-jalan . Hehehe . Apa plan saya hari di hari jadi saya ? Nak tahu ? Baca lah post ni sampai habis okay ? Hehe .


Tadaaaaa ! Hehehe kami semua berwarna merah di hari jadi saya ! Merah memang favourite saya , tak sangka mereka pun berbaju merah sempena hari jadi saya . Heeee :)

 Terima kasih pada sahabat baik saya yang sangat-sangat saya kasihi iaitu Shara Shahira , Emi Shahirah dan Najwa Ishak sebab sudi berjalan-jalan dengan saya di hari jadi saya ! Heeee rasa seronok sangat sebab kami keluar dengan mengenakan tema berwarna merah . Specialkan ? Hehehe sebabnya saya minat sangat warna merah ! Tak sangka diorang semua plan nak keluar pakai warna merah . Hehe . Okay dah stop ! Jangan excited sangat okay . >.< 

Berbekalkan sebuah kereta viva , kitorang menuju ke Pantai Sri Tujuh di Tumpat , Kelantan . Wow , sangat-sangat awesome tempatnya okay ! Cantik sangat . Ada activity air tapi macam panas kan dan ramai pula kaum Adam yang mandi-manda kat sana . Macam segan lah pulak . Kitorang pun berhenti dan menikmati keindahan ciptaan-Nya sambil bergambar . 

Dari kiri : Najwa Ishak , Emi Shahirah dan Shara Shahirah . 

Mereka bertiga inilah yang bertanggungjawab menceriakan hari ini . Walaupun tak seberapa rapat tapi kitorang senang and selesa kalau keluar bersama . Terima kasih kerana menceriakan hari ini . Ianya akan tercatat dalam diary ini buat selamanya . Semoga kita bersahabat until Jannah . Insyaallah kita reunion di Syurga ye . Heee .

Hadiah hari jadi yang paling bermakna ? Mestilah dari keluarga yang saya sayangi . :) Abah postkan sepucuk kad hari lahir yang panjang dengan ucapan satu keluarga saya . Hehehe . Dan yang paling specialnya dalam kad tu ada gelang kaki emas hadiah dari abah dan keluarga untuk saya . Cantik sangat ! Terima kasih abah ! Heee . Dan kawan-kawan , terima kasih untuk ucapan birthday . Walaupun tiada hadiah saya faham . Hehe lagipun rasa malulah nak terima hadiah di hari tua ni. HAHAHAHA . Oh ye , tak lupa juga buat sepupu-sepapat saya !

Rasenye , cukuplah kot untuk kali ini entry ini , sebab tak tahu nak coret ape lagi . Hahaha .  Oh ye , mesti korang semua nak tahu apa yang Izzat Amir bagi masa birthday saya ? Hahaha kalau korang nak tahu visit lah sini ,  http://ijatpoyo.blogspot.com/2012/04/beberapa-hari-lalu.html . Its nothing special from him but saya sangat appreciate usaha dia . Yelah lagi pun kami jauh kan ?


Jadi inilah rupa seorang remaja berusia 19tahun . Lain kan ? hahaha
Sekian , terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca entry yang tidak seberapa ini . Salam sayang dari saya untuk kalian semua . Assalamualaikum :)