Thursday, 12 April 2012

Dengan izin-Nya , Alhamdulillah :)




Surah An’Nissa Ayat 16 .
“Hendaklah kamu segera bertaubat bila melakukan kesalahan kerana tidak mengerti dan sesungguhnya taubat itu diterima Allah . Dan tidaklah diterima taubat seseorang itu jika menghampiri ajalnya baru mengatakan bahawa “aku bertaubat sekarang” .

Alhamdulillah , hari ini hari pertama aku dapat juga join usrah . Sebenarnya memang dah lama berniat na join  usrah ni tapi macam tak berani sebab takut akan persepsi orang . Tapi kata orang , kalau kita mahukan sesuatu , kita kena berusaha untuk mendapatkannya walau macam mana sekali pun . Jadi usrah hari ini bermula dari pukul 12.30tgh hingga 2.15ptg . Syukur kehadrat Allah kerana dengan izin-Nya dibukakan pintu hatiku untuk kembali ke pangkal jalan . Dari hidup yang dulunya penuh dengan mencari keseronokan dunia semata-mata berubah ke jalan yang diredhai Allah . Semasa Usrah tadi , aku benar-benar tertarik dengan satu soalan yang sangat-sangat tidak terlintas di fikiran aku . Kak Zati tanya kepada kami semua , “Mengapa kita perlu rehat ? Apa maksud rehat tu sebenarnya ?”  Tiada salah seorang dari kami yang dapat menjawab soalan beliau . Lalu beliau mengatakan bahawa “Simple je , kita perlu rehat sebab kita penat kan ? Dan rehat itu untuk kita mendapat semula tenaga kita . Tapi sedarkah kita bahawa rehat kita itu hanya memenuhi keperluan fizikal kita sahaja tetapi rohani kita tidak di penuhi semasa rehat . Sebab itulah bila kita solat macam mana sekalipun jiwa kita tidak tenang . Rohani kita perlu direhatkan dengan zikir , banyak mengingati Allah dan sebagainya .” Semestinya kenyataan Kak Zati itu secara tidak lansung telah menjawab soalan yang selama ini berdetik di hati aku .

Sejujurnya memang kadang-kadang bila aku selesai solat , hati dan jiwa aku masih tidak tenang . Kini baru aku faham bahawa solat itu bukan sekadar membaca ayat-ayat bacaan solat dan khusyuk sahaja , tapi kita perlu memahami akan apa maksud bacaan itu supaya solat yang kita dirikan itu menjadi lebih sempurna dan menginsafi diri .

Sekarang semua mesti tertanya-tanya kenapa aku tiba-tiba ingin mengikuti Usrah ini ? Wahai sahabat , kita adalah umat Nabi Muhammad iaitu umat yang terakhir sekali dimuka bumi ini . Bila-bila masa sahaja kiamat akan terjadi . Sesungguhnya aku tidak terlepas dari melakukan dosa . Banyak hal tentang agama yang aku tidak tahu . Aku takut ! Takut akan hari pembalasan dan siksa azab dari Allah ! Telah lama aku meninggalkan tudung yang sepatutnya menutupi rambutku . Telah lama aku tinggalkan ciri-ciri pakaian yang menutupi auratku kerana terlalu obsessed dengan dunia fesyen yang semakin mendedahkan aurat (dianggap cantik). 

Sehinggalah suatu hari datang seorang sahabat mengatakan kepada aku mengenai sesuatu perkara . Katanya : “Seumur hidup tak pakai tudung ni tak malu ke nak menghadap Allah S.W.T nanti ? Macam mana nak ajak orang lain jadi baik kalau kita gagal mendidik diri kita sendiri ? Bila Nabi kata orang yang tidak menutup aurat ini akan digantung rambutnya ! Akan digantung kepalanya ! Dibakar sehingga menggelegak otaknya ! Berapa rmai orang yang tidak kisah sekarang ni . Bukukan dalam hati apa yang Nabi kata ini . Itulah sifat orang beriman”   .

Astagfirullahalazim . sesungguhnya aku takut akan siksa neraka-Mu . Kemudian aku , emak aku juga pernah bertanya “Baini , bilalah kau nak pakai tudung . Tak takut api neraka ke ?”  . Sayup-sayup wajah emak aku bila menyuarakan demikian . Tapi aku ? saat itu masih lagi tidak mahu meninggalkan kecantikkan di dunia . Ya Allah , ampunkanlah dosaku . Aku sedar bahawa jika aku tidak menjaga kehormatan dan auratku , aku akan membawa bersama-sama ayahku , abangku , saudara lelakiku ke neraka walaupun mereka telah mendidik aku dengan baik jika aku masih tidak menutup auratku . Aku tidak mahu itu terjadi , aku tidak mahu ibubapa yang sangat aku kasihi dimasukkan kedalam neraka kerana menanggung dosaku .

Alhamdulillah Allah telah membukakan pintu hatiku untuk menutup aurat dan bertudung sepenuhnya . Terima kasih mak , abah kerana mendoakan yang terbaik untuk anakmu . Mulai saat ini , aku akan terus bertudung dan menjaga auratku serta batasan-batasan pergaulanku insyaallah . Terima kasih akan doa kalian juga . ;) .