Pada aku , I am Thankful :
- dengan apa yang aku ada dalam dunia ni .
- dengan kesederhanaan keluarga aku . Tidak mahu terlalu senang kerana aku takut riak .
- dengan rupa aku yang tiada cacat cela walau tidak cantik .
- dengan kerjaya yang menanti aku di hari esok (Nurse) kerana Allah tahu itu yang terbaik .
- dengan keharmonian keluarga yang aku miliki .
- dengan sahabat yang baik disekeliling aku sebagai peneman aku di dunia ini .
I am Thankful for everything that i had in this world ! Aku tak mahukan rupa yang cantik , kerana aku takut aku membangga diri . Aku tak mahu keluarga yang kaya kerana kekayaan akan membuatkan aku tidak kenal akan erti kesusahan . Aku bersyukur kerana Allah telah bukakan hatiku untuk mencintai course Nursing yang pada mulanya aku sendiri tak minat Nursing . Sejak mula aku menjejakkan kaki ke kolej ini ,aku tak henti-henti menangis dengan hasrat emak dan abah ingin aku ke sini . Sampaikan aku rasa nak lari dari kolej ni . Tapi tak lama lepas tu , aku mula selesakan diri aku dengan persekitaran disini dan sedikit sebanyak dapat mengenali siapa diri aku sebenarnya . Emak selalu sakit , dalam keluarga aku hanya aku yang paling rapat dengan emak dan abah . Aku tak boleh tengok emak dan abah menangis , tak sanggup . Oleh itu aku mula mencintai Nusing dengan membuktikan kepada mereka bahawa aku sanggup buat yang terbaik untuk mereka . Alhamdulillah , pointer final exam aku untuk semester I 3.30 .Walau tak banyak tapi aku buat yang terbaik untuk mereka . Bila nak daftar untuk semester II , emak dan abah sanggup hantar aku dari rumah (Bangi) ke Kelantan . Semata-mata nak pastikan anak dia selamat sampai untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai . Aku terharu . Setelah mereka pulang , aku berfikir sendirian dalam bilik asrama .
"Kenapa aku masih ego untuk memikirkan diri sendiri berbanding memikirkan hasrat mereka ? sedangkan selama ni emak dan abah tak pernah merungut sekali pun untuk tunaikan apa yang aku pinta . Tak pernah walau sekali pun . Tapi hanya satu saja harapan emak dan abah , takkan itu pun aku tak boleh nak tunaikan ?"
Sejak itu , aku fikir . Memang Allah dah tentukan aku untuk jadi seorang Nurse supaya aku dapat menghargai jasa kedua-dua ibu bapa aku dan dapat menjaga mereka di hari-hari tua mereka . Maka aku lupakan cita-cita aku . Bergaul dengan rakan-rakan disini dan sematkan hasrat kedua ibu bapa aku dalam hati untuk mencapai hasrat mereka . I am so Thankful . :)