Hello-hello-hello ! Assalamualaikum semua . Alamak , dah lama sangat rasanya tak update blog ni . Hahah sekarang ni saya sedang menikmati cuti semester saya dengan makan , tidur , hang-out . Tapi yang mostly nye mestilah makan dan tidur dan tidur dan makan . Facebooking ? Blogging ? Tweeting ? Urghhh ! Malas . Lebih baik saya enjoy cuti saya sebelum start buat assignment . Heee , well bila tengok sahabat-sahabat saya sekalian banyak update blog diorang dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti blind date , dating , dan bla bla bla . Untunglah orang pergi blind date . Hehe . Aku ? Blind date ? Urghh sorry , not interested in love . Cehh , poyolah si Aien Herman tu . Eh seriouslah aku memang tak minat blind date ni , tapi aku ada lah jugak date dengan my BFF yang bernama Aida dan Shara . Itu pun perempuan okey . Jangan salah faham . HAHA . Okay ceritanya macam ni , aku tak pernah lagi meet si Aida ni . So memang dah banyak kali plan nak meet tapi tak nyempat-nyempat jugak kan . Akhirnya kitorang dapat jugak meet . Naik kereta . Wuuuu . HAHA (jakun kan jakun kan) HEEEE biarlah apa orang nak kata pun , in fact “ADA AKU KESAH?” . Dah tu kalau keluar dengan Aida je aku rasa macam tak happening sangat lah pulak sebab dia ni jenis pendiam sikit berbanding dengan aku si kecoh ni . >.< Maka dengan itu , aku pun invite si Shara ni keluar . Ehem , will u go out with me Ms. Shara ? Aceceh . Tengok , last minute punye plan mesti jadi punya ! Oleh itu bermulalah sesi hangout tiga gadis ini . Nak tahu kami ke mana ? Ke mana lagi , Alamandalah ! Tengok OMBAK RINDU wuuuuu . Hehe . As u guys know , Kelantan takde wayang kan . So bila balik to my hometown ni , jadi kempunan pulak nak tengok movie . Tapi takpalah as long as sekarang ni kami akan tengok wayang ! OMO , i’m kind a excited . Tak sangka cerita Ombak Rindu ni boleh buat lelaki and perempuan menangis . Untuk lelaki tu memang hilang lah kemacho-an anda okay . HEHE . Tapi cerita dia sedikit berbeza dengan novel sebenar . Hmm . Tapi takpalah bukan aku yang tukang direct cerita tu . Apa pun OMBAK RINDU memang best ! Movie habis pukul 5.30ptg macam tu la . Tapi kitorang boring sangat . Tak tahu nak buat apa kan . Apa lagi , KARAOKE la . Favourite part aku tu . Lokasinya ? Alamanda jelah . Dah alang-alang ada karaoke kat situ bedal je la . Lepas jugak gian nak memekak perasan suara sedap sekejap . HAHA . (1jam 30minit je jangka masa yang kitorang ambil) . Pukul 7 ptg tu kami dah habis memekak semua , lepas tu mulalah perut pun rasa lapar kan . Pusing satu bangi cari kedai makan Ayam Penyet . Sebab aku suka makan Ayam Penyet tu . Tapi tak ingat direction dia lah sebab dah malam kan . Last-last makan dekat gerai depan rumah aku je . HAHA . Jadilah perut pun dah lapar cekik je lah . Akhirnya kitorang sampai rumah pada pukul 9.30malam . Hari yang menarik untuk aku buat sekian kalinya ..
p/s : tapi gambar tak diambil pun , jadi tak dapatlah nak show off kat korang semua . Maaf :( Lain kali ye . HEHE

No comments:
Post a Comment