Thursday, 29 December 2011

Perkara biasa di Facebook . ^^

Assalamualaikum . Hah ! Bukan nak cakap atau nak kritik , tapi please lah okay . Jangan kejar hot di facebook dengan menambah kawan semata-mata untuk penuhkan friend list je . Hello kawan itu bukan hiasan di muka buku anda okay . Tapi kawan tu mengisi hidup anda . Ni tak , buat kawan tu macam wujud tak wujud je dalam facebook anda . Yang anda nak tegur hanya kawan-kawan anda yang hot je , habis yang tak hot tu macam mana ? See , nampak sangat yang anda ni lebih mementingkan publisiti berbanding kejujuran dalam persahabatan . Jangan tumpang publisiti kawan anda yang hot tu . Sebaliknya jadilah diri anda sendiri . Jangan sampai kerana nak kejar hot dengan bergaul bersama kawan-kawan yang hot tapi kawan-kawan sejati anda dilupakan . Nanti kalau korang susah percayalah , kawan-kawan hot anda tu takkan ada dekat dengan anda . Tapi yang akan bersama anda adalah kawan-kawan anda anggap tidak hot itu . Hargailah kawan anda sementara dia masih ingat terhadap anda . Nanti kalau dia dah lupakan anda , satu apa pun anda tak ada . Hot tak dapat dikejar , sahabat pula hilang bila anda memerlukan . Jangan jadi seperti "yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran" .Hargailah kawan anda . :)

2 comments: