Friday, 18 November 2011

Pengalaman Last Office ..

Assalamualaikum semua . Wahh dah lama rase tak update blog ni . Sorry sangat-sangat sebab actually aku baru habis final exam pada 15112011 . Lepas habis je exam terus masuk wad untuk practical keesokan harinya which is 16112011 . Tambah pulak broadband aku buat hal , wi-fi kolej tak boleh pakai . Halaa macam-macam hal . >.< So , back to the topic "Pengalaman Last Office" atau short form dia L.O . Sebelum tu , mari sini aku bagi sedikit pengenalan tentang "Last Office" atau dalam kata lain adalah "Pengurusan Kematian" . Untuk pengetahuan korang , semua cross dekat wad aku dah dapat kecuali cross untuk  Last Office . Tiba-tiba hari tu senior aku (SEM3) tanya aku ada kerja tak . Then aku cakap takde sebab baru habis buat prosedur sponging . Tiba-tiba dia kata , "Tahu buat  Last Office kan ? So prepare troli and buat  Last Office bed 19 ." Aku pun ape lagi , gelabah lah sebab tak pernah buat Last Office , tulah first time kott . Takpelah , kalau tak buat bila nak rasa pengalaman kan ? So lepas dah habis prepare troli , aku minta Staff Nurse Ruzianna pantau cara aku dan 3 orang kawan aku lagi buat Last Office . Sampai kat bed 19 , nama arwah Pakcik Akhbar umur 53tahun . Aku start prosedur dengan beri salam pada arwah . Kata staff nurse aku , walaupun orang tu telah pergi , kita kena hormat jasad dia . Sebab if kita buat prosedur secara kasar walaupun bagi kita tak sakit , tapi jasad orang meninggal akan rasa sakit sangat . Lagipun roh arwah akan berada berdekatan dengan kita untuk tengok cara kita uruskan jasad dia . Sebab tu kita kena hormat si mati . Aku pun mula lap dari bahagian kepala , abdomen dan kemudiannya kaki . Bahagian sulit akan dicuci pada akhir sekali . Setiap prosedur yang aku buat aku bagitahu si mati . Walaupun perasaan aku gementar masa tu , Allah je yang tahu . Tapi sebagai nurse kita kena tenang menghadapi dugaan walau macam mana berat sekalipun . Bila dah selesai lap jasad , aku ikat bahagian kepala supaya mulut jenazah tertutup . dan subatkan kapas dalam hidung dan telinganya untuk elak cecair dari keluar . Lepas tu aku ikat bahagian tangan (kalau islam tangan mestilah dalam keadaan seperti sembahyang). Kemudian bahagian lutut dan seterusnya iaitu yang terakhir sekali adalah bahagian kaki . Dah selesai ikat semuanya , kami sarungkan pulak kain pelekat pada si mati . Akhirnya kami balut si mati dengan kain putih , dan diikat pada bahagian hujung kepala , hujung kaki dan abdomen . Kami selimut dan skrinkan langsir menutupi katil jenazah yang telah siap pengurusannya supaya tidak digeruni pesakit yang lain . Jenazah dibawa pulang selepas hospital selesai mengefailkan kematian .

Apa yang aku ingin kongsikan disini ialah perasaan aku bila menguruskan kematian tu . Rasa sayu sangat hati aku dan sebak pun ada cuma tak dapat nak dizahirkan sebab kami diajar untuk tidak menunjukkan kesedihan kami . Kalau nurse sedih , apalagi keluarga pesakit yang menghadapi kehilangan . Pada masa tu aku rasa sayu sebab satu hari nanti kita pasti akan pergi juga dan kita akan diuruskan seperti itu juga . Jadi kalau kami tak uruskan jenazah dengan baik , macam mana rasanya jika jenazah kita sendiri akan diuruskan dengan tidak baik juga bila sampai masa kita ? Hmm tiada jawapan . -_- Saat tu aku sedar yang perjalanan kita hampir menuju kepada-Nya . Cuma kita tak tahu cepat atau lambat , bila dan bagaimana kita akan menghadap-Nya nanti . Alhamdulillah , memang ada hikmah disebalik kenapa aku terpilih untuk jadi nurse . Rupanya Allah nak sedarkan aku dengan apa yang berlaku dalam dunia Nurse ini . Menghadap saat-saat kematian seseorang itu menginsafkan aku . Niat aku kongsi pengalaman ni dengan orang lain untuk semua orang ingat bahawa kita juga akan pergi menemui-Nya suatu hari nanti dan takkan ada manusia yang kekal di atas muka bumi ini selamanya .

No comments:

Post a Comment