Wednesday, 18 May 2011

Lupakan duka untuk seketika ♥

Hai semua ! Wahhh mesti tengah stalker-stalker orang kan ? Haha gurau je . Well hari ini adalah hari yang terbaik untuk aku dan sahabat baik aku : Ummi Nabilla . Sebab apa ye ? Haaaa sebabnya adalah kami ke Genting Highlands berdua sahaja . Ala-ala macam orang pergi honeymoon gitu . Hahaha . Hehe kami bergerak dari Hentian Reko pukul 9.30am untuk naik bus dari sana terus ke Genting Highlands . Jarak perjalanan dari Kajang ke Genting lebih kurang 2 jam sahaja . Memang seriously excited !

Haha akhirnya sampai di puncak Genting lebih kurang pukul 11.30am . Kami pun apa lagi , tak sabarnya nak berseronok ! Haha dah janji kan nak main semua outdoor park habis-habisan Tapi sorry to say lah .
Aku memang takkan dan tak mungkin naik Space-shot tuh . Yelah sangat-sangat scary tau game tu , benda tu lah yg paling menggerunkan aku !  Haha tapi Umie , kau yang paling excited gila ! Mana taknye dua kali kau sanggup beratur nak naik space-shot tu . Grrrr , aku tak tahu lah kau ni manusia ke atau apa , hati kering sangat . Haha part yg paling kami suka , bila kami ni memang saving gila macam cerita tangkai jering tu . Haha disebabkan makanan kat Genting memang mahal , kami siap bawa bekal lagi tau . Makan memang jimat gila . Yelah jangan membazir kata orang . Haha tapi serious memang have fun gila ! 

Cuma yang sedihnya bila tengah syok-syok main park then tiba-tiba je identiti card , lesen dan maybank card umie hilang . Kesian gila kot . That time kami dah dekat nak balik dah . Bus kami pukul 7.30malam . Tapi takpe sebab lepas tu kami terus pergi buat report polis je . :D

Akhirnya aku selamat sampai di rumah  pukul 9.30mlm tadi :D .
Thanks umie for today !
Sincerely ♥ ♥

No comments:

Post a Comment